Nama: Arika Binti Khairul Azam
No Matrik: A143684
Program: “One For All, All For One”
Penganjur : Pelajar Perubatan Tahun ...
of 1

laporan akhir program 2

Published on: Mar 3, 2016
Published in: Education      
Source: www.slideshare.net


Transcripts - laporan akhir program 2

  • 1. Nama: Arika Binti Khairul Azam No Matrik: A143684 Program: “One For All, All For One” Penganjur : Pelajar Perubatan Tahun 1, Fakulti Perubatan, UKM Tarikh : 2/2/2014- 4/2/2014 Tempat : Merlimau, Melaka Jumlah peserta : 36 orang pelajar perubatan tahun 1 dan seorang penyelia Jawatan: Exco Tugas tugas Khas & Urus setia REFLEKSI Secara keseluruhannya aktiviti ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang baik antara setiap ahli jawatankuasa yang terlibat. Walaupun terdapat beberapa kesulitan yang tidak dijangka, semua itu boleh diambil ikhtibar supaya tidak berulang semula di masa akan datang. Program kali ini telah memberi banyak manfaat kepada banyak pihak, terutamanya bagi pihak ahli jawatankuasa sendiri selain pelajar SMAAK. Melalui program ini, ahli jawatankuasa program yang terdiri daripada pelajar perubatan tahun 1 dapat mengasah kemahiran insaniah iaitu kemahiran bersosial dalam diri masing-masing yang merupakan kemahiran asas yang penting dalam dunia perubatan. Kami juga dapat berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat, seperti pengetua sekolah, guru-guru dan para pelajar dan dengan cara ini dapat meningkatkan keyakinan dlaam diri seterusnya dapat bersosial dengan lebih baik. Program ini juga melatih kami untuk peka terhadap permasalahan masyarakat. Seterusnya program ini telah melatih kami untuk mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dalam masyarakat dan mampu berperanan sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Sejurus itu, program ini boleh dikatakan sebagai suatu latihan untuk maju dalam kemahiran insaniah terutama dalam bidang mengendalikan program, kepimpinan dan kemahiran bersosial dengan masyarakat luar.