1
1.0 PENGENALAN
Dunia kini dilonggokkan dengan penghasilan pelbagai jenis karya sejarah yang
asasnya terbentuk daripada u...
2
sejarah. Misalnya, dalam sesebuah penulisan seseorang ahli sejarahmenyatakan sesuatu
peristiwa itu tidak baik, ketua neg...
3
2.0 ISU PERBINCANGAN
2.1PERBAHASAN BERKAITAN PENGADILAN MORAL
Hakikatnya, terdapat tiga aliran utama yang memberi pandan...
4
2.2 FAKTOR SESETENGAH SEJARAWAN MENOLAK PENGADILAN MORAL
2.2.1(PENGADILAN MORAL BERTENTANGAN DENGAN KONSEP OBJEKTIVITI)
...
5
masa lalu dengan menggunakan nilai-nilai masa kini. Menurut Ranke, sejarah haruslah dikaji
“sebagaimana ia benar-benar b...
6
mengadili atau menghukum sesebuah karya sejarah di atas bahu pembaca dan bukannya
sejarawan.14
Sebagaimana yang ditegask...
7
yang berdosa. Pendapat Croce ini berdasarkan beberapa alasan seperti ketidakupayaan para
ahli sejarah untuk menembusi lu...
8
semasa Perang Dunia Kedua dan berkaitan dengan nasib kaum Yuhudi di bawah kekejaman
pemerintahan Nazi merupakan contoh y...
9
menyarankan agar diserahkan sahaja masalah tersebut kepada golongan lain seperti ahli
agama, ahli falsafah atau ahli per...
10
3.0 ANALISIS
Natijahnya, pandangan sesetengan sejarawan yang menolak pengadilan moral dalam
pensejarahan adalah merupak...
11
penganalisaan penulisan dan pentafsiran sejarah yang dipaparkan. Sikap pro, anti atau neutral
dalam persoalan pengadila...
12
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, walaupun terdapat sesetengah sejarawan menolak kehadiran pengadilan
moral dalam pensejara...
13
5.0 BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Haji Ismail (peny). 2007. Malaysia: ApakahSejarah ,Kuala Lumpur:
DewanBahasadanPustaka.
Bo...
14
6.0 LAMPIRAN
Benedetto Groce
Benedetto Groce was an Italian idealist philosopher and occasionally also politician.
He w...
15
Herbert Butterfield
Sir Herbert Butterfield was a British Historian and philosopher of history who is
remembered chiefl...
16
Leopold Von Ranke
Leopold von Ranke dilahirkan di daerahWieche, Saxony pada 21 Disember
1795.SejarawanJermaniniberasald...
17
KITSON CLARKE
He is known as a revisionist historian of the Repeal of the Corn Laws. G. D. H. Cole
identified a "Kitson...
of 17

penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan oleh sesetengah sarjana

Published on: Mar 3, 2016
Source: www.slideshare.net


Transcripts - penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan oleh sesetengah sarjana

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN Dunia kini dilonggokkan dengan penghasilan pelbagai jenis karya sejarah yang asasnya terbentuk daripada usaha keras para sejarawanterdahulu dalam mencorak, menstruktur, dan menghasilkan kembali peristiwa lampau dengan mengembleng semua sumber dan bukti yang ada bagi merakam semula serta membina siri-siri pensejarahan yang gemilang. 1 Inti patinya, sesebuah pengkajian sejarah bergantung sepenuhnya kepada penyelidikan para sasterawan terhadap perkara yang benar-benar berlaku. Permasalahan dan cabaran kekurangan sumber untuk mendapatkan bukti mengakibatkan para sejarawan untuk menganalisis dan mentafsir sesuatu pensejarahan itu melalui sudut kaca mata mereka sendiri. Sikap semula jadi manusia akan mempengaruhi bentuk penulisan seseorang ahli sejarah apabila mereka membuat penilaianterhadap sesuatu peristiwa yang diriwayatkan dalam sesebuah karya pensejarahan.2 Realitinya, dalam penghasilan sesuatu ideologi mahupun penulisan sejarah, para sejarawan acap kali menimbulkan persoalan mengenai kewajaran penerapan unsur pengadilan moral dalam sesebuah pensejarahan. Persoalan ini muncul apabila wujudnya segelintir golongan sejarawan yang dipengaruhi oleh unsur agama atau ideologi tertentu, tidak dapat bersikap neutral, sebaliknya akan melibatkan diri atau komited di dalamnya dengan mangadunkan karya sejarah yang bersifat fakta dgn nilai emosi sejarawan itu sendiri tatkala merencanakan sesebuah karya sejarah.3 Ringkasnya, pengadilan moral ialah perlakuan menjatuhkan hukuman, ataupun tindakan mengenakan penilaian tertentu terhadap sesuatu peristiwa sejarah atau kepada seseorang pelaku di dalam sejarah. Menurut Qasim Ahmad, pengadilan moral ialah perlakuan menjatuhkan hukuman ataupun mengenakan penilaian terhadap sesuatu peristiwa atau kepada seorang pelaku dalam 1 Qasim Ahmad, 15 Jun 1985, “Pengadilan Moral DalamSejarahKes Nazi di Jerman,”dalamDewanMasyarakat , hlm 54-60. 2 R. Suntharalingam, PengenalanKepadaSejarah,Marican. Kuala Lumpur, 1985, hlm.90. 3 Herbert Butterfield, 1951, History and Human relations, London, hlm. 104.
  • 2. 2 sejarah. Misalnya, dalam sesebuah penulisan seseorang ahli sejarahmenyatakan sesuatu peristiwa itu tidak baik, ketua negara itu bersalah, masyarakat pada masa itu mundur,sistem politik ini progresif dan sebagainya sebenarnya mereka telah melakukan pengadilan moral dengan menghukum dan menilai.4 Penilaian etika atau pengadilan moral dapat dikesan apabila seseorang sejarawan dengan senjaga atau tidak sengaja menjatuhkan, menghukum dan menilai sesuatu. Hal ini juga boleh didapati apabila seseorang ahli sejarawan itu mula memuji, mengkeji dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti baik, mulia, kejam, ganas dan sebagainya . Hakikatnya, pengadilan moral juga boleh wujud dalam bentuk pujian dan kutukan. Pengkajian sejarah perlulah dirakamkan dan dipaparkan agar menjadi panduan yang berguna untuk generasi akan datang. Pengadilan moral yang dibuat dapat mewarnai penulisan sejarah dan mempengaruhi pemikiran pembaca dan masyarakat umumnya supaya dapatmemikirkan baik buruk kesannya kepada masa depan sesebuah peradaban. 5 Hujahnya mudahiaitu tanpa sejarah kita tidak mampu untuk memahami masalah-masalah sezaman dan tanpa pengetahuan asas tentang sejarah kita tidak boleh menggunakan kebijaksanaan untuk berhadapan dengan masa depan. Bertitik tolak daripada perbezaan pandangan para sejarawan tentang isu pengadilan moral telah mendorong pengkajian khusus dijalankan untuk mengkaji sebab dan alasan mengapa sesetengah sejarawan menolak kehadiran pengadilan moral dalam pensejarahan.6 4 EH Carr, ApakahSejarah?, Kuala Lumpur: DewanBahasadanPustaka, 1984, hlm. 27. 5 A. Marwick, The Nature of History, London: Macmillan Education Ltd, 1989, hlm 17. 6 R. Bonney, “KeArahPenulisanSejarah Malaysia”,ForamSejarahkeduaUniversitiSains Malaysia, Pulau Pinang: PusatPengajianIlmuKemanusiaan, 1971, hlm. 28
  • 3. 3 2.0 ISU PERBINCANGAN 2.1PERBAHASAN BERKAITAN PENGADILAN MORAL Hakikatnya, terdapat tiga aliran utama yang memberi pandangan tentang pengadilan moral iaitugolongan yang menyokong, golongan yang menentang dan golongan pertengahan. Antarasarjana yang menentang pengadilan moral atau dikenali sebagai golongan progresif dalamsejarah ialah Leopold von Ranke, G. Kitson Clarke, Benedetto Croce dan Hebert Butterfield.Bagi golongan progresif, mereka mengatakan pengadilan moral tidak patut dilakukan keranaapabila sejarawan membuat pengadilan moral mereka mungkin tidak bersikap adil kepada orang atau masyarakat yang dikaji atau di adilinya.7 Manakala golongan yang penyokong pengadilan moral pula seperti Voltaire, Adrian Oldfield dan Agnes Heller. Mereka yang menyokong pengadilan moral ini juga digelar sebagai golongan konservatif. Golongan pertengahan pula dipolopori oleh E.H.Carr. Tokoh bagi golongan pertengahan menolak pengadilan moral tetapi pada masa yang sama dia menggalakkan moral ke atas institusi atau dasar masa lampau kerana baginya sejarah merupakan proses berterusan interaksi diantara ahli sejarah dengan fakta-faktanya yang merupakan satu dialog yang tiada kesudahan diantara masa kini dengan masa lampau..8 Percangahan dan perbezaan pandangan dari sudut kajian sejarah tersebut telah membawa perubahan yang besar terhadap pengkajian dan penulisan sejarah.. Para sejarawan cuba untuk mempertahankan hujahan masing-masing dengan beberapa alasan dan bukti yang relevan. Bertitik tolak daripada itu, para sejarawan telah mengambil iktibar, garis panduan dan menjana idea masing-masing untuk meneliti, memahami, menganalisis dan menilai kebenaran kenyataan yang dikaji. 7 R. Suntharalingam, PengenalanKepadaSejarah, Kuala Lumpur: DewanBahasadanPustaka, 1985,hlm. 110. 8 Qasim Ahmad, “Kontroversipendekatan Europe-centric – Malaysia centric: suatutinjauansemula”,dalam Mahani Musa dan Tan LiokEe (peny.), SorotanTerpilihdalamSejarah Malaysia, hlm. 24
  • 4. 4 2.2 FAKTOR SESETENGAH SEJARAWAN MENOLAK PENGADILAN MORAL 2.2.1(PENGADILAN MORAL BERTENTANGAN DENGAN KONSEP OBJEKTIVITI) Leopold von Ranke merupakan seorang sejarawan dari Jerman yang memainkan peranan penting dalam perkembangan pensejarahan moden di Barat pada pertengahan kurun ke sembilan belas telah menentang keras kehadiran pengadilan moral dalam sesebuah karya sejarah. Pada abad ke-19, ilmu sejarah dianggap suatu bidang pengajian atau disiplin yang tersendiri. Sumbangan Ranke dalam pemikiran sejarah sangat bermakna sehingga beliau dianggap sebagai perintis perkembangan ilmu sejarah pada zaman tersebut. Menurut Ranke, sejarah harus dipaparkan seperti yang sebenar-benarnya berlaku, maka unsur pengadilan moral hahuslah diketepikan kerana bukanlah tugas ahli sejarah untuk melakukan pengadilan moral.9 Kehadiran pengadilan moral dalam pensejarahan menyebabkan penulisan sejarah objektif tidak dapat dicapai kerana ahli sejarah telah dipengaruhi oleh pengaruh dan nilai sezaman. Ranke merupakansejarawan yangbersikapkritisdalammenghasilkanpenulisansejarahnya. Bagimencapaisejarah yang objektif, Ranke telahmenekankanpenggunaankonsepquellenkritiksecaraamnyamerupakansuatukajiankritisterh adapsumber-sumbersejarah. 10 Melaluipendekatankaedahini, kebenaransejarahdapatditentukandenganmenjalankanpenyelidikanterhadapsumberarkib yang berkaitansejarahatauperistiwa yang dikaji.Kritikansumberinibertujuanuntukmenolakapa yang tidakbenardanmenerimaapa yang benar. Leopold von Ranke telah mengetengahkan pandangannya yang tersendiri dalam mengungkapkan konsep sejarah yang sebenarnya. Ranke berpegang teguh kepada teori Historicism iaitu sesuatu kajian ke atas sesuatu peristiwa harus dikaji seperti yang telah berlaku pada masa lalu dan bukannya dengan membuat penilaian atau pengukuran terhadap 9 Pieter Geyl, Debates With Historians, hlm. 17. 10 Frizt Stern, The Varieties of History, Macmillan, London, 1970, hlm. 54.
  • 5. 5 masa lalu dengan menggunakan nilai-nilai masa kini. Menurut Ranke, sejarah haruslah dikaji “sebagaimana ia benar-benar berlaku” atau “ziegen wie es eigentlich gewesen.”11 Teori sejarah inilah yang telah meletakkan sejarah sebagai suatu bidang ilmu yang mampu berdiri sendiri seperti ilmu-ilmu lain. Teori ini telah dikemukakannya dalam karya pertamanya iaitu History of the Latin and Tentonic Nations. Melalui konsep ini, Ranke mengatakan bahawa sejarawan mampu memaparkan peristiwa sejarah “seperti sebenarnya berlaku”. Oleh itu, adalah penting bagi sejarawan untuk melaporkan atau menunjukkan apa yang berlaku di masa lalu tanpa membuat sebarang penilaian dan pengadilan moral. 12 Selari dengan aliran pensejarahan yang diperjuangkan oleh Ranke, konsep “ziegen wie es eigentlich gewesen” ini mampu mencapai makna sejarah yang sebenarnya iaitu melahirkan sejarah yang objektif. 2.2.2 ( PENGADILAN MORAL ASING DENGAN RUANG INTELEK SEJARAH) Berikutnya, sejarawan seperti Butterfield turut menolak sekeras-kerasnya kehadiran pengadilan moral melalui rencananya yang bertajuk “ Moral Judgement In History ” beliau mengutarakan pandangan bahawa tugas mengendalikan pengadilan moral akan menimbulkan pelbagai jenis kerumitan.13 Beliau telah menegaskan bahawa tugas para ahli sejarah ialah menceritakan peristiwa dalam sejarah itu sejelas mungkin. Bagi Butterfield, sesiapa yang membaca kisah itu, mempunyai perasaan kemanusiaan, mempunyai peraturan etika, maka dengan sendirinya pembaca akan menghukum jahat, bagi sesiapa yang patut dihukum jahat.Sebaliknya, kalau pembaca memang tidak mempunyai kehalusan perasaan, maka sebanyak manapun penilaian dan penganalisaan moral yang diutarakan , tidak mungkin akan mengusik hatinya. Butterfield telah meletakkan sepenuhnya tanggungjawab untuk 11 Leonard Krieger, Ranke : The Meaning Of History, The University Of Chcago Press, London, 1977, hlm. 4. 12 Qasim Ahmad, “Kontroversipendekatan Europe-centric – Malaysia centric: suatutinjauansemula” , dalamMahani Musa dan Tan LiokEe (peny.), SorotanTerpilihdalamSejarah Malaysia, hlm. 34-35 13 Tan LiokEe. “Menulissejarah Malaysia: beberapapersoalantentangpendekatandankaedahkajian”, dalam Mahani Musa dan Tan LiokEe (peny.), SorotanTerpilihdalamSejarah Malaysia, PenerbitUniversitiSains Malaysia, Pulau Pinang, 2000, hlm. 4
  • 6. 6 mengadili atau menghukum sesebuah karya sejarah di atas bahu pembaca dan bukannya sejarawan.14 Sebagaimana yang ditegaskan oleh Butterfiel pengadilan moral tidak dianggap penting dalam penyiasatan sejarah kerana ketidakupayaan ahli sejarah untuk melihat sesuatu peristiwa dari lubuk hati si pelaku. Menurut Butterfield apabila ahli sejarah yang membuat sesuatu kajian, mereka akan menjatuhkan hukuman moral berdasarkan kepada tindakan – tindakan lahiriah si pelaku yang disokong oleh bukti–bukti dan sumber–sumber sejarah yang ditemui oleh beliau semata-mata.15 Dan hal ini akan menghalang seseorang ahli sejarah itu untuk bersikap objektif dalam menjatuhkan hukuman moral. Beliau turut menyatakanbahawasekirannya sesebuah penulisan sejarah menerapkan nilai pengadilan moral di dalamnya maka pensejarahan tersebut telah hilang nilai inteleknya.16 Walau bagaimanapun, pendapat Butterfiel ini telah dipertikaikan oleh Qasim Ahmad. Bagi Qasim Ahmad, hasrat Butterfield yang mahu menjaga dengan rapi unsur keadilan dan kebijaksanaan dalam pengadilan moral telah melakukan kesalahan kerana bersikap terlalu rapi dan Butterfield telah membuat kesilapan dengan menyerahkan tugas pengadilan itu kepada pembaca sahaja. Qasim Ahmad mengakui dan bersetuju ada sebahagian pembaca yang arif dalam menilai tetapi tidak semua pembaca begitu. 2.2.3 (PENGADILAN MORAL MENGGALAKKAN PENILAIAN NEGATIF) Selain itu, kita juga dapat merungkaipersoalan mengapa pengadilan moral ditentang dalam penulisan sejarah menerusi karya Benedetto Croce yang bertajuk “ History as The Story of Liberty ”. Karya ini mempersoalkan peranan Mahkamah Tinggi dalam meneliti semua pengadilan sulit, membetulkan dan menjatuhkan satu keputusan yang muktamad sebagai satu pengadilan sejagat yang membezakan orang yang mulia daripada orang 14 Pieter Geyl, Debates With Historians, hlm. 17. 15 Ann Low-Beer, 1967, “Moral Jugments in History and History Teaching,” dalam W.H. Burstondan D. Thompson, (peny.)Studies in the Nature and Teaching of History, London, hlm. 137-158. 16 Leonard Krieger, Ranke : The Meaning Of History, The University Of Chcago Press, London, 1977, hlm. 4.
  • 7. 7 yang berdosa. Pendapat Croce ini berdasarkan beberapa alasan seperti ketidakupayaan para ahli sejarah untuk menembusi lubuk hati manusia yang bertanggungjawab mencetuskan sesuatu kejadian sejarah. Kecenderungan para sejarawan untuk memasukkkan unsur prasangka dalam pengadilan mereka disebabkan kekurangan bukti serta ketidakmampuan untuk membuat pengadilan yang dipersetujui oleh semua ahli sejarah.17 Croce jugamenumpukan kajiannya terhadap perbezaan yang wujud daripada persoalan bagaimana pengadilan dijatuhkan di mahkamah sedangkan mahkamah mengadili seseorang tertuduh yang masih hidup dan boleh membela diri. Menurut Croce sejarah pula adalah sebaliknya, iaitu mengadili orang yang sudah meninggal dunia dan tidak boleh membela diri, serta menggunakan nilai–nilai yang tidak diiktiraf pada zaman tersebut.18 Misalnya, Julius Caesar telah mencabuli hak kebebasan berpolitik rakyat Rom dandikutuk oleh ahli–ahli sejarah telah disifatkan suatu keputusan ganjil oleh Croce. Alasan lain yang digunakan oleh Croce untuk menentang pengadilan moral adalah kerana beliau memandang pengadilanmoral sebagai satukegiatan yang tidak berguna,di samping menganggu ketenangan orang yang sudah meninggal dunia.19 2.2.4 (PENGADILAN MORAL MERUMITKAN PENGKAJIAN) Realitinya kerumitan dalam melakukan sesuatu pengadilan moral timbul apabila merujuk sejarah dalam usahanya mengadili tindakan-tindakan tertentu yang dilakukan dalam keadaan paksaan. bahawa Walaupun pada lazimnya si pelaku dalam sejarah mempunyai kebebasan untuk mengambil sesuatu tindakan, yang mana pemilihan akan dibuat dari beberapa alternatif yang wujud, namun terdapat keadaan-keadaan tertentu yang mana kebebasan ini disekat.20 Lord Acton dalam karyanya telah mengariskan peristiwa yangberlaku 17 R.Suntharalingam, PengenalanKepadaSejarah,Marican. Kuala Lumpur, hlm, 91. 19 Frizt Stern, The Varieties of History, Macmillan, London, 1970, hlm. 54. 20 Tan LiokEe. “Menulissejarah Malaysia: beberapapersoalantentangpendekatandankaedahkajian”, dalam Mahani Musa dan Tan LiokEe (peny.), SorotanTerpilihdalamSejarah Malaysia, hlm. 6
  • 8. 8 semasa Perang Dunia Kedua dan berkaitan dengan nasib kaum Yuhudi di bawah kekejaman pemerintahan Nazi merupakan contoh yang terbaik untuk menunjukkan betapa rumitnya untuk mewujudkan pengadilan moral dalam pensejarahan. Para pengkaji yang meninjau peristiwa sedih ini telah mencetuskan satu perbahasan hangat berkenaan peranan para pemimpinYuhudi yang dikatakan telah berkerjasama dengan Nazi. J.B.Burry menyatakan gagasan kerjasama tidak boleh digunakan untuk memaparkan tindakan para pemimpin Yuhudi kerana ia bukanlah sesuatu yang dilakukan secara rela tetapi melalui paksaan dan takutan. Menurut beliau mereka tidak mempunyai kemampuan rohani untuk melakukan sesuatu yang boleh menyelamatkan nyawa kaummereka. Penyataan ini berbeza dengan Arendt yangmenyatakan bahawa para pemimpin Yuhudi telah berkerjasama dengan Nazi untuk keselamatan diri mereka dalam unit-unit khas yang dipanggil Sonderkommandos.Walaupun pemimpin Yuhudi tanpa pengecualian telah bekerjasama dengan Nazi, maka mereka turut dituduh sebagai bersubahat dengan tentera Nazi dan menyebabkan lebih daripad 6 juta orang Yahudi telah dibunuh. Daripada peristiwa tersebut dapatlah dirumuskan bahawa setiap ahli sejarah mempunyai pandangan yang berlainan mereka memandangkan peristiwa itu daripada beberapa aspek yang berlainan. Perkara inilah yang menjadi kerumitan utama dalam mewujudkan pengadilan moral. 2.2.5(TUGAS MENGADILI BUKANLAH TUGAS SEORANG SEJARAWAN) Ahli sarjana seperti Kitson Clarke juga mempunyai pendirian yang tegas untuk menentang pengadilan moral dalam sejarah. Beliau menyatakan bahawa adalah lebih baik jika ahli sejarah cuba memahami dan menjelaskan sesuatu daripada bertindak sebagai seorang hakim.21 Bagi beliau, masalah – masalah moral terpisah daripada sejarah, dan ia 21 R.Suntharalingam, PengenalanKepadaSejarah,Marican. Kuala Lumpur, hlm, 93.
  • 9. 9 menyarankan agar diserahkan sahaja masalah tersebut kepada golongan lain seperti ahli agama, ahli falsafah atau ahli perundangan. Selain itu, beliau tidak mahu memasukkan unsur pengadilan moral kerana unsur tersebut bukan sahaja berhasrat mahu mencari sebuah keadilan malahan juga akan menimbulkan perasaan balas dendam. 22 Beliau amat menentang akan alasan yang digunakan oleh para sarjana seperti Voltaire yang menyokong pengadilan moral dijatuhkan. Voltaire merupakan seorang yang beraliran progresif telah melihat tugas sejarah sebagai “ mengajar kita kewajiban - kewajiban kita dan hak-hak kita. Voltaire juga mahukan sejarah bertindak sebagai pembela keadilan dengan memuji mereka yang berjasa dan memalukan mereka yang berdosa.23 Bagi Kitson, sikap Voltaire itu akan menimbulkan perasaan benci dan dendam dalam diri masyarakat terhadap pelaku sejarah tersebut. Beliau berharap agar tabiat buruk manusia untuk membalas dendam boleh dikikiskan sekiranya para ahli sejarah tidak cuba untuk mengutuk orang, tetapi cuba menanam nilai yang murni agar sesuatu penulisan karya sejarah tidak dipengaruhi dengan perasaan emosi yang tinggi. Hujahnya mudah, iaitu tanpa objektiviti kita tidak mampu untuk memahami masalah- masalah sezaman dan tanpa pengetahuan asas tentang sejarah kita tidak boleh menggunakan kebijaksanaan untuk berhadapan dengan masa hadapan. Melalui penelitian yang rapi dapatlah kita rumuskan bahawan para sejarawan yang menentang pengadilan moral ini bukanlah sekadar menentang semata-mata namun mereka telah memberi hujahan berserta pautan bukti-bukti yang lengkap untuk mengukuhkan ideologi mereka tentang ketidakpatutan kehadiran pengadilan moral dalam sesebuah karya sejarah. 24 Sejarah dipercayai perlu diasingkan sepenuhnya daripada melibatkan penghukuman dan pengadialan moral daripada para sejarawan untuk melahirkan karya pensejarahan yang benar-benar tulus. 22 Ibid, hlm. 93. 23 Ab. Rahman Haji Ismail, (terj.), ApakahSejarah, DewanBahasadanPustaka, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 17 24 Frizt Stern, The Varieties of History, Macmillan, London, 1970, hlm. 54.
  • 10. 10 3.0 ANALISIS Natijahnya, pandangan sesetengan sejarawan yang menolak pengadilan moral dalam pensejarahan adalah merupakan tindakan yang wajar kerana mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk menolak kehadiran pengadilan moral. Walau bagaimanapun, saya tetap berpegang teguh dengan pendirian sendiri kerana menurut saya sebagai seorang ahli sejarah, kehadiran pengadilan moral dalam pentafsiran sejarah tidak semestinya diketepikan begitu sahaja. Seandainya pentafsiran sejarah tidak dipaparkan tentang pengadilan moral maka paparan sejarah tersebut dilihat tidak bermakna dan tidak lengkap. Pembaca akan terasa digantung tanpa penghujungnya kerana pembacaan mereka sudah pasti tidak menarik. Semestinya sesuatu pentafsiran sejarah tentang pengadilan moral harus dipaparkan supaya menjadi pengajaran kepada genarasi akan datang. Tanpa sejarah kehidupan kita tidak lengkap dan menyukarkan kita untuk maju kehadapan kerana sejarah akan menjadi panduan kepada kita. Natijahnya, memang soal menjatuhkan pengadilan moral tidak seharusnya diketepikan dalam pentafsiran sejarah. Ini kerana seseorang ahli sejarah perlu memikul tanggungjawab tersebut. Pengadilan moral sebenarnya tidak dapat dipisahkan dengan sejarawan . Ini berlaku apabila menggunakan sesuatu perkataan dalam bentuk pujian mahupun cacian maka sudah menunjukkan satu bentuk pengadilan moral telah berlaku sama ada secara sedar ataupun tidak sedar. Agak sukar bagi seseorang sejarawan untuk tidak menggunakan perkataan membunuh, berperang, penindasan, rampasan, rogol dan sebagainya dipisahkan daripada penulisan dan pentafsiran sejarah. Seandainya dipisahkan juga maka penulisan itu akan pincang tanpa makna. Malah catatan sejarah yang dipaparkan akan menjadi amat mati dan kaku. Lantaran itu pengadilan moral merupakan antara unsur atau kaedah penting dalam melakukan penyelidikan bagi menghasilkan sesuatu penulisan sejarah yang baik. Mahu tidak mahu seseorang ahli sejarah harus membuat penilaian moral dalam
  • 11. 11 penganalisaan penulisan dan pentafsiran sejarah yang dipaparkan. Sikap pro, anti atau neutral dalam persoalan pengadilan moral sudah pasti mengakibatkan rentetan sejarah seterusnya. Kalau ahli sejarah tidak mahu menjatuhkan pengadilan moral di atas sesuatu peristiwa sejarah, sudah tentu pembaca pasti membuat pengadilan moral untuk mereka. Pokoknya, jalan keluar daripada masalah ini bukanlah lari daripadanya tetapi seseorang ahli sejarah perlu memperlengkapkan diri dengan kemahiran penulisan yang secukupnya. Lanjutan dari itu, pada pendapat saya seseorang ahli sejarah tidak dapat bebas daripada daripada menjatuhkan pengadilan moral ke atas peristiwa yang dikajinya. Realitinya penyelidikan atau kajian seseorang ahli sejarah adalah berasaskan kepada pemahaman beliau ,terhadap pelaku–pelaku atau watak–watak manusia yang mencetuskan peristiwa tersebut ditambah pula dengan sokongansumber–sumber yang ditemui atau disandarkan oleh seorang ahli sejarah tadi. Hasildaripada ini, tindakan atau perlakuan manusia itulah yang membawa kesan yang besar kepada sesebuah negara atau masyarakat. Justeru itu, dapatlah ditegaskan bahawa pengadilan moral tidak harus diketepikan dalam penulisan sejarah kerana sekurang–kurangnya penulisan sejarah ini dapat memberi satu pedoman atau panduan serta pengajaran kepada kita untuk mewujudkan satu kehidupan yang lebih baik.Pada kebiasaannya sesuatu pengadilan moral hanya akan dijatuhkan pada penghujung sesuatu kajian dan bukannya diawal kajian. Malahan, ahli sejarahdalam penulisannya ada mengemukakan bukti–bukti dan sumber–sumber sejarahdengan teliti, terlebih dahulu sebelum mengadili peristiwa tersebut atau dengan erti kata lain bukti atau sumber mestilah terlebih dahulu melalui proses saringan. Oleh sebab itu ahli sejarah boleh menjatuhkan hukuman moraldiakhir penulisannya terhadap peristiwa sejarah yang ditulisnya.
  • 12. 12 4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, walaupun terdapat sesetengah sejarawan menolak kehadiran pengadilan moral dalam pensejarahan namun melalui penelitian yang jitu dapatlah saya simpulkan bahawa sebenarnya pengadilan moral merupakan satu unsur sosial dalam penulisan sejarah yang bertujuan memberikan panduan, pengajaran, iktibar pada generasi akan datang. Oleh itu, sejarah merupakan medium dan alat pengajaran moral kepada masyarakat hari ini agar tidak mengulangi peristiwa pada masa lalu. Pengadilan moral wajar digunakan sejujur- jujurnya dan tidak harus diketepikan oleh sarjana dalam penulisan sejarah. Jika pengadilan moral ditolak dalam suatu penulisan sejarah, Oldfield berpendapat bahawa sejarah tinggal tidak lebih dari sebuah cerita. Pengadilan moral bukanlah digunakan untuk mendedahkan kesalahan dan keaiban tokoh masa lampau atau menutup kesalahan sendiri sebaliknya penilaian etika ini dibuat atas dasar memberi kesedaran dan menjelaskan sesuatu peristiwa dengan lebih tepat. Walaupun pahit untuk ditelan, pensejarahan yang sebenarnya harus digali dan dibongkar lalu dijelaskan kepada umum supaya menjadi tatapan dan iktibar bagi generasi mendatang. Jalan terbaik kepada permasalahan ini adalah bukan mengelakkan diri dari menjatuhkan hukuman moral tetapi melengkapkan lagi para ahli sejarah dengan kemahiran yang berkaitan jika pengadilan moral ditolak dalam pemaparan sesebuah pensejarahan maka penulisan itu tidak menarik dan nampak kaku, sebaliknya kita haruslah mencorakkan sejarah itu dengan unsur pedoman dan pengajaran. Oleh itu, aspek pengadilan moral ini sangat penting dalam menghidupkan kembali sejarah masa lalu.
  • 13. 13 5.0 BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Haji Ismail (peny). 2007. Malaysia: ApakahSejarah ,Kuala Lumpur: DewanBahasadanPustaka. Bonney, R. 1971 .Malaysia : “KeArahPenulisanSejarah Malaysia”,ForamSejarahkeduaUniversitiSains Malaysia , Pulau Pinang : PusatPengajianIlmuKemanusiaan. Butterfield, Herbert. 1951. London :History and Human relations, London: London Press. Carr, Eh. 1984. Malaysia :ApakahSejarah?, Kuala Lumpur : DewanBahasadanPustaka. Gey, Pieter. 1967 .Moral Jugments in History and History Teaching, London : Studies in the Nature and Teaching of History. Gey, Pieter. 1967 .Debates With Historians ,London : Studies in the Nature and Teaching of History. Krieger, Leonard .1977 ,Ranke : The Meaning Of History, London :The University Of Chcago Press . Marwick , A. 1989 , London : The Nature of History, Macmillan : Education Ltd. Qasim Ahmad. 15 Jun 1985, Malaysia :Pengadilan Moral DalamSejarahKes Nazi di Jerman,DewanMasyarakat. Stern,Frizt. 1970, London :The Varieties of History, Macmillan: London Press. Suntharalingam, R.1985,PengenalanKepadaSejarah,Marican. Kuala Lumpur : DewanMasyarakat. Tan LiokEe. 1975, Malaysia :Menulissejarah Malaysia: beberapapersoalantentangpendekatandankaedahkajian, Kuala Lumpur: SorotanTerpilihdalamSejarah Malaysia.
  • 14. 14 6.0 LAMPIRAN Benedetto Groce Benedetto Groce was an Italian idealist philosopher and occasionally also politician. He wrote on numerous topics, including philosopy history methodology of history writing and aesthetics. Name : Benedetto Groce Born : 25 February 1866, Pescasseroli Died : 20 November 1952, Naples Awards : Butler Gold Medal Nominations : Nobel Prize in Literature Books : History As The Story Of Liberty
  • 15. 15 Herbert Butterfield Sir Herbert Butterfield was a British Historian and philosopher of history who is remembered chiefly for two books - a short volume early in is career entitled The Whig Interpretation of History and his Origin of Modern Science. Name : Sir Herbert Butterfield Born : 7 October 1990, England Died : 20 July 1979 Education :Peterhouse, Cambridge Books : Whig Interpretation of History Man On His Part
  • 16. 16 Leopold Von Ranke Leopold von Ranke dilahirkan di daerahWieche, Saxony pada 21 Disember 1795.SejarawanJermaniniberasaldaripadakeluarga Lutheran yang berpendidikan. Ranke telahmendapatkanpendidikanawal di sekolahDondorfdanPforta. Kemudiannya Ranke memasukiUniversitiLeipsic (1814-1818) denganmengkhususdalambidangfilologidanteologi yang melibatkankerja- kerjapemterjemahandanpenganalisaanteksklasik.Setelahmenamatkanpelajarannya di universititersebut, Ranke menjaditenagapengajar di sekolah Frankfurt selamatujuhtahun (1818-1825).Minat Ranke terhadapsejarahdikatakanbermulasejakmulamengajar di sekolahini. Name : Leopold Von Ranke Born : 21 December 1795, Wiche Died : 23 May 1886 Nationality : German Alma Mater : University of Leipizg Books : The Secret Word of World, The Secret World of History
  • 17. 17 KITSON CLARKE He is known as a revisionist historian of the Repeal of the Corn Laws. G. D. H. Cole identified a "Kitson Clark" school of historians revising the assessment of the Anti-Corn Law League and the Chartists. He was educated at Shrewsbury School and Trinity College, Cambridge. He lived the life of a bachelor don as Fellow of Trinity, from 1922 to 1975. He was Reader in Constitutional History from 1954 to 1967

Related Documents