Nabil Asyik Berkepit Dengan Naira Mikayla Kasih ibu membawa ke syurga. Kasih ayah ti...
Sementara pada bulan Mac nanti akan muncul menerusi filem Lawak Ker Der 2 yang ditayangk...
of 2

Nabil Asyik Berkepit Dengan Naira Mikayla

Published on: Mar 3, 2016
Source: www.slideshare.net


Transcripts - Nabil Asyik Berkepit Dengan Naira Mikayla

  • 1. Nabil Asyik Berkepit Dengan Naira Mikayla Kasih ibu membawa ke syurga. Kasih ayah tiadaterhingga. Begitulah pelakon dan pelawak Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil yang memberitahudia dan isteri, Nazirah Ayub kini seronok menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dalammemberikan sepenuh perhatian dan mencurahkan kasih sayang terhadap cahaya mata sulungmereka.Nabil juga berkata banyak perkara menarik dan perubahan yang berlaku pada dirinya sejakbergelar bapa kepada Naira Mikayla. Malah setiap kali menatap wajah puterinya itu dia akanberasa tenang dan dapat melupakan segala kepenatan bekerja.“Sejak ada anak ni, saya mengantuk (gelak). Dan saya semakin rajin lah. Dia selalu terjagatengah malam, pukul 3 pagi, pukul empat pagi. Kalau dia menangis tu saya lah yang bangundan akan dodoikan dia sampailah dia tertidur semula.“Bila tengok muka dia, rasa tenang dan lega sangat. Hilang penat bekerja. Dia hadiah yangpaling best lah!“Sekarang ni ke mana saja, saya akan bawa isteri dan dia bersama. Sebab kami baruberpindaah rumah. Di kawasan rumah baru tu, kami belum kenal ramai orang,” katanya kepadamalaysiandigest.com ketika ditemui baru-baru ini.Tak Halang Anak Jadi PelawakMungkin terlalu awal untuk bercerita tentang masaa depan yang telah dirancang untukanaknya. Apatahlagi Naira kini baru berusia dua bulan. Tapi kata Nabil dia tidak menghalangjika anaknya kelak mahu mengikut jejak langkahnya, menceburi bidang seni,“Saya tak halang kalau dia nanti nak ikut jejak langkah saya ataupun terlibat dengan dunia senimalah saya akan galakkan dia. Tapi saya akan pastikan dia mendapat pendidikan yang tinggisebelum memilih bidang apa yang diminati.,” katanya.Menyentuh tenatng perkembangan terbaru, Nabil akan mengendalikan program KarootKomedia X. Selain dia akan menjalani penggambaran Eli & Epit dan Geng Bas Sekolah. 1/2
  • 2. Sementara pada bulan Mac nanti akan muncul menerusi filem Lawak Ker Der 2 yang ditayangkan dipawagam pada 7 Mac depan. Dia juga akan berangkat ke Holland bagi menjalani penggambaran sebuah program game show terbitan Astro. Nabil Asyik Berkepit Dengan Naira Mikayla 2/2Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Related Documents