DFima AgroKami merupakan pengusaha, pemborong dan pembekal ikan keli, tilapia dan puyu. Antaraaktiviti perniagaan kami: ...
Rupanya ada rahsia untuk memastikan anak ikan keli boleh hidup dan membesar. Ujarpenternak di Terengganu, gunakan air mata...
Apabila dirisik, akhirnya beliau meminta izin tuan punya telaga berkenaan untuk mengepamair terbabit ke tapak projek."Tuan...
kini setiap bulan, anak ikan yang dihasilkan mampu mencecah sehingga 200,000 ekor."Soal pemasaran, tiada masalah kerana pe...
1.0 Pendahuluan.• Hasil kacukan antara Tilapia mossambica x Tilapia nilotica.• Di bawa masuk ke Malaysia dari Thailand pad...
c. Membaja kolam.• Gunakan baja triplesuperfosfat.• Kadarnya adalah 2.0 kg/ 0.1 hektar.• Masukkan baja ke dalam beg politi...
Ciri-ciri induk jantan yang sesuai. Berumur melebihi 4 bulan. Saiz : 300 – 600 gram. Mempunyai bintil pembiakan yg panjang...
masuk ke dalam mulutnya. Selepas keadaan aman, induk betina akan membuka mulut & melepaskan rega. Proses ini akan berulan...
diasuh dan diternak di dalam kolam yg sama.10.0 Teknik penetasan telur dalam inkubasi. Merupakan teknologi bari di Malay...
• Masukkan air sehingga mencapai paras yg diperlukan atau sedalam 1.0 m. Biarkan kolamtersebut semalaman.iv. Membaja kolam...
• Benih sering diserang oleh parasit dan serangga air.• Antara parasit yg suka menyerang rega tilapia ialah kutu insang, p...
• Rega yg diasuh dalam tangki juga kerap diserang penyakit.• Terdiri dari penyakit reput sirip, bintik putih, kutu insang ...
Posted by dFimaAgro Enterprise 001819269-W at 10:15 PM No comments:Kolam Asuhan DFima AgroJaring asuhan anak benih keli ka...
Adzhar HanaffiCreate Your BadgeSenarai hargaIkan Keli :RM3.20 /Kg (Lebih 1tan)RM3.50 /Kg (Lebih 200kg)RM3.80 /Kg (Lebih 50...
dFimaAgro@gmail.comView my complete profileFollowers Ethereal template. Powered by Blogger.
of 15

Nasir ikan keli dan talapia

Published on: Mar 3, 2016
Source: www.slideshare.net


Transcripts - Nasir ikan keli dan talapia

  • 1. DFima AgroKami merupakan pengusaha, pemborong dan pembekal ikan keli, tilapia dan puyu. Antaraaktiviti perniagaan kami: Mengeluarkan benih ikan keli, tilapia dan puyu; Jual-beli anak-anak ikan seperti di atas; Memelihara ikan keli, tilapia dan puyu; Jual-beli ikan-ikan dewasa; Memberi khidmat nasihat dalam menyediakan prasarana penternakan ikan air tawar; Menganjurkan kursus berkaitan pembenihan, pemeliharaan ikan dan penyediaan prasaranaSaturday, October 27, 2012Insyaallah,kami kembali...setelah lama membusykan diri masing2..kami kembali utk memberikan yang terbaik untukpelanggan2 kami, insyaallah..jika ada sebarang masaalah boleh hubungi En.Fairuz izharataupun En. Adzhar...You might also like:Kolam Asuhan DFima AgroBerkat air mata airTokei keli Dfima Agro LinkWithinPosted by dFimaAgro Enterprise 001819269-W at 11:52 AM No comments:Monday, September 26, 2011Berkat air mata air
  • 2. Rupanya ada rahsia untuk memastikan anak ikan keli boleh hidup dan membesar. Ujarpenternak di Terengganu, gunakan air mata air.BARU berjinak dalam bidang ternakan keli, Mohd, Irewan Abd. Jalil pernah hampir putusasa kerana semua anak ikan keli di kolamnya mati tanpa sebab.Pelbagai cara telah dicuba, tetapi hampir semua anak-anak ikan itu akan mati selepasmenetas."Kira-kira dua bulan jugalah saya dan seorang rakan kongsi cuba melakukan try and error keatas air yang digunakan bagi membolehkan anak ikan keli terus hidup. Lima kali mencubasemua anak ikan mati."Banyak kerugian yang terpaksa ditanggung, sehingga suatu hari, rakan perniagaan di daerahlain memberitahu air yang terbaik untuk membenihkan telur ikan keli adalah air mata air.Itulah cerita anak muda, Mohd. Irewan, 26, yang bekerjasama dengan rakan sekampungnya,Mohd. Fauzi Abd. Rahman.PROSES mengeluarkan telur ikan.Dua jejaka bujang berasal dari Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu itu mula berjinakdengan projek berkenaan pada bulan Ramadan tahun lepas.Kata Mohd. Irewan, beliau terpaksa menggali tanah di tapak pembenihan di KampungPadang Midin di Kuala Terengganu milik mereka bagi mendapatkan air mata air."Selepas kami menggunakan air berkenaan, anak ikan yang terhasil kira-kira 20,000 hingga50,000 masih mati. Apabila dikaji, ia berpunca daripada mata air di tapak berkenaan yangberwarna kemerahan dan mengandungi bahan yang tidak sesuai untuk tumbesaran anak ikankerana kawasan itu berpaya," katanya.Beliau yang mempunyai Diploma Sains Komputer di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,Johor menambah, apabila meninjau di kawasan sekitar kampung berkenaan, terdapat sebuahtelaga yang diyakini mampu memanjangkan jangka hayat benih ikan keli.
  • 3. Apabila dirisik, akhirnya beliau meminta izin tuan punya telaga berkenaan untuk mengepamair terbabit ke tapak projek."Tuan punya telaga berkenaan bersetuju dan kami menggunakan pam menyedut air telagayang terletak kira-kira 400 meter daripada tapak projek dengan menggunakan paip getahuntuk mengisi 12 kolam."Akhirnya benih ikan mampu bertahan sehingga ia mampu dijual dengan saiz maksimumsepanjang lima sentimeter seekor," katanya yang pada mulanya risau mengenai cara terbaikmenghasilkan anak ikan bermutu tinggi.Beliau yang menggunakan kolam berukuran tiga meter lebar dan 21 meter panjang ituterpaksa mengambil masa sehingga hampir setahun mempelajari selok belok pembenihan danpengurusan anak ikan secara sistematik.Katanya, menguruskan anak ikan yang berusia sehingga 45 hari amat sukar lebih-lebih lagi iaamat sensitif dengan persekitaran dan makanan."Untuk permulaan selepas proses penetasan sehingga usianya mencecah sembilan hari, iaperlu diberi makan artemia atau anak udang."Selepas itu apabila usianya mencecah sehingga 45 hari atau panjangnya sehingga lima inciia boleh diberi makan moina atau sejenis hidupan air yang kecil, lebih kecil daripada jentik-jentik," ujarnya.Lebih menarik, katanya, anak ikan keli yang dijual mereka tidak pernah dinaikkan harga dania dikekalkan sejak projek berkenaan dimulakan.ANAK ikan keli di bawah usia 45 hari memerlukan penjagaan rapi.Katanya, setiap ekor anak ikan berukuran dua inci dijual pada harga RM0.10, tiga inci(RM0.20) dan RM0.25 jika panjang anak ikan keli mencecah lima inci.Mohd. Irewan memberitahu, air yang digunakan perlu ditukar setiap hari bagi menghalanganak ikan lemas kekurangan oksigen."Pada permulaan kami hanya mampu menghasilkan kira-kira 20,000 ekor anak ikan tetapi
  • 4. kini setiap bulan, anak ikan yang dihasilkan mampu mencecah sehingga 200,000 ekor."Soal pemasaran, tiada masalah kerana penternak ikan keli di Terengganu terutama di daerahKuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman akan datang ke tapak pembenihanikannya," katanya.Beliau yang turut mengusahakan tanaman cendawan berkata, mereka berdua pada mulanyamahu membantu penternak ikan keli di negeri Terengganu mendapatkan benih ikan dengantidak perlu ke negeri lain untuk mendapatkannya.Katanya, bermula dari situlah beliau dan Mohd. Fauzi rakan kongsinya berazam memulakanprojek berkenaan kerana peluang terbuka luas untuk mereka menolong penternak ikan keli."Lagipun, permintaan ikan keli di restoran atau kedai-kedai makan tidak akan putus, jadipeluang mengusahakannya seharusnya tidak boleh ditolak begitu sahaja," katanya.You might also like: Pasaran Ikan keli Malaysia &Thailand EM & cara pengunaanya Kolam Asuhan DFima Agro LinkWithinPosted by dFimaAgro Enterprise 001819269-W at 8:44 AM No comments:Monday, December 27, 2010Benih Talapiasesiapa yang berminat boleh hubungi saya..You might also like:Kolam Asuhan DFima AgroBerkat air mata airTokei keli Dfima Agro LinkWithinPosted by dFimaAgro Enterprise 001819269-W at 5:46 AM 1 comment:Wednesday, November 10, 2010PEMBENIH IKAN TILAPIA MERAH
  • 5. 1.0 Pendahuluan.• Hasil kacukan antara Tilapia mossambica x Tilapia nilotica.• Di bawa masuk ke Malaysia dari Thailand pada tahun 1984.• Dipelihara & dibiakkan di PPA Enggor, PPA Jitra dan PPA Bukit Tinggi.• Bersaiz antara 2.5 – 5.0 cm.• Baka baru juga dibawa masuk oleh pengeluar benih ikan swasta dari Taiwan, Thailand danSingapura.• Kini terdapat beberapa veriety ikan tilapia di pasaran tempatan & antarabangsa.2.0 Status Keperluan Benih Tilapia Merah.• Pd masa ini pembiakan tilapia merah masih dijalankan secara pembiakan semulajadi dalamkolam tanah & bekas lombong.• Jumlah benih yg diperolehi adalah terhad & saiz benih adalah pelbagai & sukar mendapatsaiz benih yg hampir seragam.• Pd. 2001 sebanyak 33,296,117 ekor benih tilapia telah berjaya dihasilkan.• 5,223,506 ekor dihasilkan oleh PPA Jabatan.• 28,072,611 ekor dihasilkan oleh hatcheri swasta.• Pd. 2010 – 300 juta ekor benih tilapia merah diperlukan untuk hasilkan 120,000 tan metrikikan tilapia merah.• Ikan-ikan diperlukan untuk menampung keperluan ikan dalam negara dan pasaran eksport.• Untuk mencapai matlamat ini sebanyak 30 buah pusat penetasan yang berkemampuanmenghasilkan benih tilapia merah sebanyak 10 juta ekor setahun perlu dibangunkan sehinggatahun 2010.3.0 Teknik pembiakan ikan tilapia merah.3.1 Pembiakan semulajadi dalam kolam tanah.• Teknik biasa diamalkan oleh penternak.• Saiz kolam adalah 500 – 2000 m2• Dalam air adalah 1.0 m & dalam kolam adalah 1.6 m.• Tatacara pembiakan semulajadi adalah• Penyediaan kolam pembiakan.• Keringkan kolam pembiakan & bersihkan rumpai dan sampah sarap.• Kapur kolam dgn kapur abu panas pd kadar50 kg/01 hektar.• Jemur kolam di bawah cahaya matahari selama 7 hari.b. Memasukan air.• Tutup pintu air keluar kolam dengan rapi.• Pasangkan jaring pada saluran air masuk.• Masukkan air ke dalam kolam sehingga ke paras 1.0 m
  • 6. c. Membaja kolam.• Gunakan baja triplesuperfosfat.• Kadarnya adalah 2.0 kg/ 0.1 hektar.• Masukkan baja ke dalam beg politin & rendamkan ke dalam kolam.• Biarkan sehingga air berwarna hijau.• Air yg berwarna hijau menunjukkan kolam tersebut kaya dengan fitoplankton.• Setelah air kolam menjadi hijau, ini bermakna kolam tersebut telah sedia untuk menerimainduk jantan dan betina.3.2 Pembiakan semulajadi dalam kolam konkrit.• Kolam konkrit atau tangki fibreglass.• Lazimnya kolam konkrit digunakan.• Saiznya antara 30 – 50 m2 & dalam 60 cm.• Dalam air adalah 50 cm.• Kolam perludiberi pengudaraan.• Tatacara penyediaan kolam adalah spr berikut:-• Penyediaan kolam pembiakan.• Keringkan air & bersihkan dasar & dinding kolam dari sisa makanan dan najis ikan.• Gunakan klorin untuk mencici dasar & dinding kolam bagi menanggalkan kekotoran danlumut.• Jemur kolam di bawah cahaya matahari selama 3 hari.b. Memasukan air.• Tutup pintu air keluar dgn rapi & buka paip air.• Masukan air sehingga ke paras 50 cm.• Kolam ini sedia menerima induk jantan & betina.4.0 Pemilihan induk.4.1 Induk betina.Ciri-ciri induk betina yg sesuai utk pembiakan. Berumur melebihi 4 bulan. Saiz antara 250 – 500 gram. Perut yg besar & lembang ke kiri & kanan abdomen. Abdomennya lembut bila diurut. Kloakanya berwarna kemerah-merahan. Keluar telur yg bercerai apabila abdomennya dipicit perlahan-lahan.4.2 Induk jantan.
  • 7. Ciri-ciri induk jantan yang sesuai. Berumur melebihi 4 bulan. Saiz : 300 – 600 gram. Mempunyai bintil pembiakan yg panjang & berwarna kemerah-merahan pd hujungnya. Keluar sperma apabila abdomennya diurut perlahan-lahan.5.0 Kadar perlepasan. Kadar perlepasan yg biasa digunakan ialah 1 : 3 Satu ekor induk jantan dilepaskan bersama 3 ekor induk betina bagi setiap 1 meter persegi. Ada juga yg mengamalkan nisbah 1 : 4 Bagi kolam seluas 1,000 m2 jumlah induk yang dilepaskan adalah 250 induk jantan dan740 ekor induk betina.6.0 Fekunditi. Fekunditi induk betina seberat 250 – 500 gram adalah 300 – 500 biji telur & bilangan inibertambah mengikut saiz induk. Seekor induk betina mampu membiak 2 kali sebulan atau sekurang-kurangnya 10 harisekali.7.0 Melepaskan induk untuk pembiakan. Induk jantan & betina dilepaskan ke dalam kolam pembiakan pd waktu pagi atau lewatpetang. Induk betina dilepaskan terlebih dahulu iaitu 3 hari sebelum induk jantan dilepaskan. Tujuannya untuk memberi peluang kpd induk betina menyesuaikan diri dgn keadaankolam. Kemudian induk jantan dilepaskan. Induk jantan akan memeriksa induk betina & jika terdapat induk betina yang sedia untukmengawan maka induk jantan akan mengiringi induk betina ke satu sudut yg sesuai utkmengawan. Induk jantan & betina bekerjasama membersihkan dasar kolam & membuat lubang sarangdi permukaan dasar kolam. Saiznya adalah bergantung kpd saiz induk ikan. Proses mengawan bermula dengan induk betina melepaskan telur sedikir demi sedikitmanakala induk jantan mengeluarkan sperma untuk mensenyawakan ke semua telurberkenaan. Selepas semua telur telah disenyawakan, induk betina akan mengutip telur untuk diramkandi dalam mulutnya. Induk betina akan menggerakkan telur-telur itu supaya tidak mendah di mulut. Tanpa pergerakan ini telur akan menjadi sambang dan kadar penetasan adalah rendah. Telur-telur tersebut akan menetas selepas 48 – 72 jam diramkan & bergantung kpd suhuair. Semasa menetas rega akan berada di dalam mulut ibunya. Induk betina akan mengasuh rega sehingga mampu berdikari & menjaga diri daripemangsa. Selepas berumur 5 hari rega mula mencari makanan sendiri dgn pengawasan ibunya. Apabila ada ancaman dari musuh, induk betina akan membuka mulut & menyedut rega
  • 8. masuk ke dalam mulutnya. Selepas keadaan aman, induk betina akan membuka mulut & melepaskan rega. Proses ini akan berulang sehinggalah rega mampu berdikari iaitu selepas rega berumur 10hari.8.0 Teknik kutipan rega.o Rega mula berenang bebas selepas 7 – 10 hari.o Kerja-kerja mengutip rega dijalankan pd waktu pagi antara jam 6.00 – 8.00 pagi.o Pd waktu ini kandungan D.O adalah rendah & memberi tekanan kpd induk & rega.o Semasa D.0 rendah, induk akan melepaskan rega untuk bernafas.o Semasa D.O rendah, rega berenang di permukaan air untuk bernafas.o Pd masa ini kerja-kerja memungut rega dapat dijalankan dengan mudah.o Rega dikutip dgn sauk halus.o Rega dikumpulkan ke dalam bekas yg diberi pengudaraan.o Gunakan air kolam yg sama utk mengumpulkan rega agar tidak ada kejutan perbezaan suhuair.o Rega-rega yg telah dipungut sedia dipindahkan ke kolam asuhan.9.0 Teknik kutipan telur. Merupakan teknologi baru. Selepas 10 hari induk dilepaskan ke dlm kolampembiakan, induk betina diperiksa mulutnya.Ciri-ciri induk betina yg mempunyai telur di dalam mulutnya adalah seperti berikut :- Mulutnya mengembang & lebih besar dari biasa. Warna bahagian bawah mulutnya lebih terang. Agresif & garang. Kaedahnya adalah mudah. Tangkap induk betina & periksa mulutnya dgn membuka mulut setiap induk betina. Telur atau rega akan kelihatan apabila mulut dibuka. Keluarkan telur atau rega & masukan ke dalam bekas plastik. Telur-telur tersebut dikumpulkan di dalam bekas yg berasingan mengikut peringkat telur. Ada 4 peringkat telur seperti berikut :- Telur yg baru disenyawakan berwarna kuning pucat. Telur yg telah mengalami proses perkembanganberwarna kuning tua. Telur yg telah berkenbang & ada bintik mata. Telur atau rega yg telah menetas. Telur-telur dibersihkan dari kekotoran spt najis, sisik dan lumut. Kelaskan telur-telur spt yg telah dinyatakan di atas. Tujuan untuk memastikan supaya hanya telur yg telah menetas pd tarikh yg sama akan
  • 9. diasuh dan diternak di dalam kolam yg sama.10.0 Teknik penetasan telur dalam inkubasi. Merupakan teknologi bari di Malaysia. Teknologi ini sangat diperlukan kerana ia mampu melakukan penetasan telur dalam jumlahyang banyak & boleh dikomersialkan. Terdiri dari rak untuk menempatkan jar penetasan ( hatching jar ), jar penetasan muatan 2liter, tangki bekalan air bersih, penapis untuk kitar semula air & peralatan sokongan. Setiap jar mampu mengeramkan 5,000 biji telur. Kadar penetasan adalah melebihi 90 %. Setiap unit inkubasi mempunyai 36 jar & mampu mengeramkan 180,000 biji telur dlmtempoh 10 hari atau 540,000 biji telur sebulan. Jar penetasan berfungsi seperti mulut ibunya. Telur ditempatkan di dalam jar penetasan dan air dialirkan dari atas jar secara berterusan. Laraskan kelajuan air untuk membentuk tekanan ke atas telur bagi membolehkan telurbergerak ke atas dan kebawah pd jarak 1 – 2 cm spt pergerakan dalam mulut ibunya. Selepas beberapa hari diramkan telur akan menetas menjadi rega. Rega akan bergerak mengikut arus air. Rega yg cergas akan keluar dari jar mengikut aliran air ke dulang rega yg tersedia dirak. Rega dibiarkan di dalam ruangan penetasan sehingga kuning diserap oleh badan.11.0 Asuhan benih dalam kolam tanah.• Rekabentuk & saiz kolam. Berbentuk segiempat bujur. Saiz : 200 – 1,000 m2. Dlm kolam 1.2 meter & dlm air adalah 1.0 m Ada punca air masuk & kolam boleh dikeringkan sepenuhnya secara graviti.b. Penyediaan kolam asuhan. Mengeringkan kolam. Keringkan kolam. Bersihkan sampah sarap & rumpai. Jika dasar berlumpur, buangkan lumpur menggunakan pancutan air.ii. Mengapur kolam. Kapur kolam dengan kapur abu panas pd kadar 50 kg/0.1 hektar kolam atau berdasarkankpd pH dasar kolam.a Jemurkan kolam selama seminggu atau sehingga dasar kolam merekah.iii. Memasukan air. Tutup pintu air dgn rapi agar air tidak mengalir keluar. Pasangkan jaring halus pd saluran air masuk.• Tujuannya adalah supaya ikan liar, pemangsa danmusuh ikan tidak memasuki kolam.
  • 10. • Masukkan air sehingga mencapai paras yg diperlukan atau sedalam 1.0 m. Biarkan kolamtersebut semalaman.iv. Membaja kolam.• Terdiri dari baja organan spt ami-ami dan baja kimia spt urea dan tripelsuperphosfat.• Kadarnya 5 kg baja urea, 5 kg triplesuperphosfat & 50 kg ami-ami bagi kolam seluas 0.1hektar.• Biarkan baja tersebut selama 5 – 7 hari dan pada masa ini kolam tersebut kaya denganpkankton.c. Pengurusan Kolam Asuhan.• Melepaskan rega.• Rega yg dikutip dari kolam pembiakan dipindahkan ke kolam asuhan.• Kadar perlepasan ialah 50 – 100 ekor/ m2 kolam asuhan.• Sebelum rega dilepaskan ke dalam kolam asuhan, pastikan suhu air dlm bekas rega dansuhu kolam asuhan adalah sama.• Bila suhu kedua-duanya adalah sama maka rega dilepaskan ke dalam kolam asuhan.• Kaedahnya letakkan bekas rega dipermukaan air, masukkan air kolam sedikit demi sedikit• Dan tenggelamkan bekas ke dalam kolam.• Biarkan rega keluar dari bekas tanpa dipaksa.• Jika keadaan air sesuai, rega akan terus berenang keluar dari bekas.• Jika sebaliknya rega akan masuk semula ke dalam bekas.• Rega yg akan dilepaskan akan terus berenang menerokai alam barunya sambil memakanplanktonyg terdapat di dalam kolam asuhan.ii. Pemberian makanan.• Powder feed ( makanan serbuk ) mengandungi > 40 % protin.• Makanan hidup seperti moina, cacing dan zooplankton.Kadar pemberian makanan.• 10 – 12 % dari berat badan.Kaedah pemberian makanan.• Powder feed – bancuh makanan dgn air &uli sehingg boleg dibentuk bola, Makanan itudimasukan ke dalam dulang makanan. Selain dari itu tempelkan makanan pd binding kolam.• Makanan hidup – telah disediakan dalam kolam. Selain dari itu makanan hidup ditabur kedalam kolam.iii. Pemantauan kualiti air.• Dijalankan sekurang-kurangnya sekali semimggu.• Pastikan bacaan mutu air berada pada tahap yg sesuai untuk benih hidup & membesar.iv. Pemantauan kesihatan benih• Perlu pantau tiap-tiap hari semasa memberi makanan kpd rega.
  • 11. • Benih sering diserang oleh parasit dan serangga air.• Antara parasit yg suka menyerang rega tilapia ialah kutu insang, protozoa,argulus danlernaea.• Benih yang diserang penyakit perlu diasingkan, didiagnosa dan diberi rawatan yang sesuai.11.2 Asuhan dalam kolam konkrit.a. Rekabentuk & saiz kolam.• Bentuk yg sesuai adalah segiempat bujur, bulat dan elip.• Saiznya : 3.0 x 5.0 x 0.6 hingga 200 m2• Dibina dari konkrit dan kerangka tetulang besi pd bahagian lantai dan dinding kolam.• Pintu air keluar terdiri dari saluran paip bergarispusat 10.0 – 15.0 cm.• Ada sumber air yang mencukupi dan berterusan serta mudah dikeringkan secara graviti.b. Penyediaan kolam.• Membersihkan kolam.• Memasukan air.c. Pengurusan Kolam Asuhan.• Melepaskan rega.• Kadar perlepasan : 500 – 1000 ekor/m2• Suhu.ii. Pemberian makanan.• Makanan hidup – moina• Makanan rumusan – powder feed.• Kadar pemberian makanan : 10 – 12 % bw.• Kaedah pemberian makanan:Moina – moina segar & beku terus diberi kpdbenih.Cacing – cacing segar atau beku terus diberi kpdbenih.Makanan rumusan – gaulkan makanan dgn air &uli. Kepalkan & tempelkan pd dindingkolam.iii. Pemantauan Kualiti Air.• Perlu pantau dari masa ke semasa.• Pastikan bacaan parameter air sentiasa berada dalam julat sesuai untuk benih hidup &membesar.• Jika mutu air merosot tukar air baru.• Jika perlu tambah air hijau.• Air hijau akan menyerap nitrat dan mutu air akan bertambah baik.vi. Pemantauan kesihatan ikan.
  • 12. • Rega yg diasuh dalam tangki juga kerap diserang penyakit.• Terdiri dari penyakit reput sirip, bintik putih, kutu insang & lernae.• Asingkan ikan sakit dan rawat.• Kolam yg diserang penyakit perlu dirawat dgn betul agar kolam berkenaan bebas dari dariegen penyakit & penyakit tidak menular ke kolam lain.12.0 Kutipan Hasil.• Saiz ini sesuai dijual atau dilepaskan untuk ternakan.12.1 Kolam tanah• Saiz pasaran 2.5 cm selepas sebulan diasuh.• Benih dipukat sehingga 80 peratus ditangkap.• Bakinya ditangkap semasa kolam dikeringkan.• Benih-benih ini dikumpulkan di dalam kolam simpanan selama semalam tanpa makanan.• Tangki simpanan ini dibekalkan dengan air bersih dan alat pengudaraan.12.2 Kolam Konkrit.• selepas 21 hari benih mencapai saiz 2.5 cm.• Jangan beri makan sehari sebelum kutipan hasil dijalankan untuk mengelakkan kematianbenih semasa dalam perjalanan.• Keringkan kolam dan kutip benih dan pindahkan ke tangki penyimpanan untuk dipasarkan.13.0 Pengendalian & penghantaran benih.13.1 Merehatkan ( conditioning ) benih ikan.13.2 Merawat benih ikan.13.3 Menyediakan beg pembungkusan.- saiz beg plastik : 500 mm x 900 mm x 0.04 mm13.4 Menganggarkan benih ikan.13.5 memasukkan benih ke dalam beg plastik.13.6 Gas oksigen.13.7 Pengangkutan.Posted by dFimaAgro Enterprise 001819269-W at 7:08 AM No comments:Monday, November 8, 2010alhamdulillah..bisnes bertambah majualhamdulillah..so far sekarang ni banyak terima order anak benih dari para penternak..dahmula tak cukup tangan untuk membuat kerja.InsyaAllah akan datang dFima agro akanmembuka pusat pengumpulan ikan-ikan yang dah matang dari para penternak yang tidak adapasaran.Kepada para penternak sebarang masalah berkaitan ikan keli boleh menghubungiDFima Agro.Posted by dFimaAgro Enterprise 001819269-W at 9:38 AM No comments:Saturday, July 31, 2010Kolam pembenihan
  • 13. Posted by dFimaAgro Enterprise 001819269-W at 10:15 PM No comments:Kolam Asuhan DFima AgroJaring asuhan anak benih keli kami setelah 7 hari menetas..Posted by dFimaAgro Enterprise 001819269-W at 9:53 PM No comments: Older PostsHome Subscribe to: Posts (Atom)LinkWithinFacebook Badge
  • 14. Adzhar HanaffiCreate Your BadgeSenarai hargaIkan Keli :RM3.20 /Kg (Lebih 1tan)RM3.50 /Kg (Lebih 200kg)RM3.80 /Kg (Lebih 50kg)RM4.00 /Kg (Kurang 50kg)RM3.50 /Kg (Lebih 10kg belian hari/kerap)*Tambahan 50sen/kg sekiranya anda ingin siap proses.Benih Keli :RM0.10 = 2 inci seekorRM0.13 = 3 inci seekor*Tempahan minima 10,000 ekor.Pembelian bawah 10,000 ekor tambahan 2 sen setiap ekor dikenakan.Pengunjung keHit CountersJom SembangAbout Me Blog ArchivedFimaAgro Enterprise ▼ 2012 (1)001819269-W o ▼ October(1) kuala lumpur/kemaman, Malaysia  Insyaallah,kami kembali... ► 2011 (1) Siapa yang ingin membuat tempahan sila ► 2010 (8) hubungi: Fairus 017- 2680861 Adzhar 019- 3133347 Anuar 019- 9510200] email:
  • 15. dFimaAgro@gmail.comView my complete profileFollowers Ethereal template. Powered by Blogger.

Related Documents