• Diasaskan oleh seorang peguam berbangsa Myanmar,
Dr Ba Maw, yang berjaya membela Saya San yang
melancarkan pemberontakan...
• Penubuhan Poor Man’s Party merupakan usaha Dr Ba
Maw untuk memancing undi penduduk miskin di
Myanmar. Beliau turut mengu...
• Persatuan Dobama kemudiannya bekerjasama dengan
golongan bawahan dan membentuk satu parti baru
dikenali sebagai Taw-hlan...
Poor man’s party (sin ye tha ah pwe
of 4

Poor man’s party (sin ye tha ah pwe

Poor Man's Party
Published on: Mar 4, 2016
Published in: Education      
Source: www.slideshare.net


Transcripts - Poor man’s party (sin ye tha ah pwe

  • 1. • Diasaskan oleh seorang peguam berbangsa Myanmar, Dr Ba Maw, yang berjaya membela Saya San yang melancarkan pemberontakan menentang British (1931- 1932). • Mengeksploitasi imejnya sebagai pelindung hak rakyat ekoran insiden Saya San, Ba Maw telah menubuhkan sebuah parti berhaluan kiri iaitu Sin Ye Tha Ah-pwe (1936), sebuah parti politik pertama di Myanmar yang ditubuhkan dengan sokongan rakyat miskin (golongan tani dan buruh). • Hanya 16 calon Sin Ye Tha telah dipilih untuk badan perundangan yang terdiri daripada 132 tempat duduk. Akan tetapi pada tahun 1937 Ba Maw telah berjaya muncul sebagai Perdana Menteri Burma yang pertama selepas kemerdekaan dari India.
  • 2. • Penubuhan Poor Man’s Party merupakan usaha Dr Ba Maw untuk memancing undi penduduk miskin di Myanmar. Beliau turut mengumumkan pemotongan cukai untuk melindungi petani daripada golongan peminjam wang/bangsawan yang suka menindas mereka. • Setelah mencapai kemerdekaan pada 1937, Parti Sin Ye Tha telah bergabung dengan Dobama Asiayone di bawah pimpinan Thakin membentuk Dobama Sinyetha Asiayone. • Sebagai langkah memperjuangkan idea sosialis mereka, parti ini telah mengambil jalan paling mudah untuk mencapai kemerdekaan dengan bantuan golongan bawahan yang boleh menentang secara terbuka.
  • 3. • Persatuan Dobama kemudiannya bekerjasama dengan golongan bawahan dan membentuk satu parti baru dikenali sebagai Taw-hlan-yay yang bertujuan untuk memupuk kesedaran kepada golongan bawahan untuk tidak membayar cukai. Hal ini merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kelemahan British. • Selepas kekalahan British pada Perang Dunia ke-2, para nasionalis Myanmar telah mengambil kesempatan membentuk parti Bama Htwet Yat Gaing Gyi yang merupakan sebuah parti revolutionari Myanmar. Slogan parti ini merupakan “Britain’s woes is Burma’s opportunity”. • Parti ini kemudiannya memainkan peranan penting dalam menentang kerajaan U Saw.