1
Nabi Adam di syurga
Assalamwalaikum pembuka bicara
Kepada hakim yang adil lagi bijaksana
Tak dilupa penonton dan pengeca...
2
Ertinya : Iblis menjawab “ Aku lebih baik daripadanya. Aku Engkau ciptakan dari api dan dia
Engkau cipta dari tanah
Kawa...
3
Seperti firman Allah
Hai Adam, tinggallah kamu dan isterimu di syurga ini dan makanlah makanannya yang
banyak lagi baik ...
4
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya” Allah telah menerima taubat
Adam dan Hawa serta mengampunkan per...
of 4

Nabi adam di syurga

Published on: Mar 3, 2016
Source: www.slideshare.net


Transcripts - Nabi adam di syurga

  • 1. 1 Nabi Adam di syurga Assalamwalaikum pembuka bicara Kepada hakim yang adil lagi bijaksana Tak dilupa penonton dan pengecara Di hari ini kita bersua tanah liat kering ia dicipta lumpur hitam dicampurlah juga } pantun hembusan roh dari yang Esa hiduplah Adam manusia pertama Setelah Allah s.w.t. menciptakan bumi, langit, malaikat-malaikat Allah mahu mencipta pula sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi serta memeliharanya Firman Allah swt Ertinya : dan dari kekuasaan Tuhan,diciptakanNya kamu dari tanah, kemudian katika itu kamu menjadi manusia yang bertebaran. Surah Ar-Rum ayat 20 Kawan-kawan sebaik-baiknya kejadian manusia berasal dari tanah syurga.Kita dari syurga kawan-kawan...syurga.Subahanallah. Tapi hari ini nyawa manusia tiada lagi berharga, pembuangan bayi dan pemerdagangan manusia semakin menjadi-menjadi. Nyawa manusia tiada nilainya. Sebaik mahluk yang Allah jadikan Dari tanah Allah jadikan Nabi Adam manusia pilihan Manusia pertama dibumi tuhan Allah memerintahkan para malakikat, iblis dan semua isi syurga sujud kepada adam. Mereka risau sekiranya kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu akan menyebabkan kecuaian dan kelalaian menjalankan tugas mereka dalam ibadah. Semua malaikat sujud kepada nabi adam kecuali iblis. :"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia.Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur."....mengapa aku perlu sujud padanya. Firman Allah
  • 2. 2 Ertinya : Iblis menjawab “ Aku lebih baik daripadanya. Aku Engkau ciptakan dari api dan dia Engkau cipta dari tanah Kawan-kawan kita tidak boleh bersikap takabur dengan kelebihan diri kita kerana semua itu adalah anugerah dari Allah s.w.t. Lihat saja dunia hari ini banyak negara hancur disebabkan para pemimpinnya bersikap takabbur seperti negara palestin rakyatnya yang tertindas akhirnya bangkit untuk menentang pemimpin mereka. Allah meyakinkan para malaikat akan kebenaran hikmah-Nya. Adam diajar nama-nama pokok yang dapat hidup dimuka bumi dan nama setiap benda. Setelah itu Allah menguji pengetahuan adam dan dia dapat menjawabnya.firmanlah Allah : Maksudnya : Hai, adam! Beritahulah kepada mereka nama-nama benda ini Al-baqarah 33 Rasa-rasanya...Dapatkah adam menjawab soalan? Bak kata kartun Boboi...Terbaik...adam dapat menjawab semua soalan hingga para malaikat pun kagum akan kepandaiannya.Namun demikian ada mahluk yang menaruh dendam kepada adam. Iblis tidak berpuas hati dan berjanji akan menyesatkan keturunan adam. Kawan-kawan, kita hendaklah mensyukuri akal yang berikan kepada kita.dan belajar bersungguh-sungguh. Allah sudah berikan akal, kerajaan berikan bekal Rm 100..ha.kawan- kawan tiada lagi alasan untuk kita malas belajar. Ketika nabi Adam di syurga, Allah telah menciptakan Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya. Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri diwaktu ia masih tidur.ketika ia terjaga,ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya Lalu baginda disoal oleh malaikat:"Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?" Berkatalah Adam:"Seorang perempuan." "Siapa namanya?"tanya malaikat lagi."Hawa", Untuk mendampingi, memberi kebahagian dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."
  • 3. 3 Seperti firman Allah Hai Adam, tinggallah kamu dan isterimu di syurga ini dan makanlah makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai dan janganlah kamu mendekati pohon ini yang menyebabkan kamu termasuk orang yang zalim. Surah al baqarah ayat 35 Pasangan serasi adam dan hawa Hidup bahagia di dalam syurga Hidup nikmat mendapat pahala Jadi panduan setiap manusia Ya kawan-kawan berkasih sayang bagai adam dan hawa.....tapi ingat kawan-kawan berkasih biarlah dengan ikatan perkhawinan.....katakan tidak kepada zina.kajian menunjukkan bahawa kebanyakan remaja di Malaysia terdedah dengan masalah sosial seperti berzina, melahirkan anak diluar nikah dan Walau pun nabi Adam dan Hawa bebas hidup di dalam syurga , tetapi Allah melarang mereka daripada memakan buah khuldi. Tetapi Iblis mula menunjukkan rancangan untuk menyesatkan dengan pelbagai cara dan kata-kata halus. Makanlah adam buah ini....rasanya sedap....makanlah...makan.Akhirnya Adam dan Hawa termakanlah pujuk rayu yang halus dan melanggari larangan Allah iaitu memakan buah khuldi. Maksudnya : J anganlah kamu dekati pohon ini yang akan menyebabkan kamu keduanya termasuk orang-orang yang zalim. Surah Al-araf ayat 19 Demi mendengar firman Allah itu , sedarlah nabi Adam dan Hawa bahawa mereka telah melanggari perintah Allah dan melakukan suatu kesalahan serta dosa besar. Maka mereka menyesal dan berkatalah Nabi Adam: Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiayai diri kami sendiri dan telah melanggari perintah-Mu kerana terikut pujukan Iblis. Ampunilah dosa kami kerana nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami."
  • 4. 4 “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya” Allah telah menerima taubat Adam dan Hawa serta mengampunkan perbuatan yang mereka telah lakukan .sebagai hukuman Allah telah memerintahkan Adam dan Hawa turun ke bumi sebagai benih pertama bernama manusia. Lantaran itu kita hendaklah sentiasa berwaspada daripada tipu daya hasutan iblis yang akan merugikan diri kita sendiri. Hasutan syaitan membuatkan kita melakukan dosa-dosa kecil tanpa kita sedari seperti berbohong, mencuri dan mencedarakan orang lain.Saama-samalah kita berbuat baik supaya kita kembali ke syurga.Segalanya bermula disini. Sekian, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum w.w.

Related Documents