Gejala ponteng dalam kalangan
remaja sekolah
Nama ahli kumpulan
Amysawanie
Nornazira
Nurul
Ros
DEFINISI PONTENG
• Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005), ponteng didefinisikan sebagai tingkah
laku lari dar...
• Abdullah Sani Yahaya (2005) pula
menjelaskan bahawa gejala ponteng
ini adalah merujuk kepada tindakan
seorang pelajar...
PENDAPAT TOKOH TENTANG PONTENG
• Ibrahim Haji Salleh (1981: 3), menyokong
hujah Skinner (1938), menyatakan pelajar
yang...
• John Robertson (1981) juga menyatakan
keruncingan dalam keluarga, pertelingkahan
ibu bapa, ibu bapa bengis, keluarga y...
• Becker (1952) dalam kajiannya
mendapati ada guru yang menganggap
mengajar pelajar kelas bawahan sebagai
tidak memberi...
• Abdul Rahman Arof (1984)
menjelaskan, disiplin dan tingkah
laku murid dalam sesebuah bilik
darjah mungkin tidak terka...
Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd. Rahman
(1984) pula telah memetik pendapat beberapa orang
tokoh tentang masalah disip...
Kes ponteng di sekolah dapat dikategorikan
kepada enam jenis utama iaitu:
• Ponteng kelas/mata pelajaran
• Ponteng seko...
Tahap Prakonvensional
*Tahap yang paling bawah dalam
penaakulan moral
*Tidak memperlihatkan internalisasi
nilai-nilai ...
Tingkat Pertama
Orientasi Hukuman dan Ketaatan
 Mementingkan diri sendiri dalam apa jua keputusan
 Seseorang mematuhi...
Tingkat Kedua
Orientasi Instrumental Relativis
 Menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri
 Puaskan keperluan di...
Tahap Konvensional
Tahap pertengahan – seseorang
sudah mula menganggap moral
sebagai kesepakatan tradisi
sosial
Mul...
Tingkat ketiga
Orientasi Persetujuan antara Individu
 Mengambil berat tentang orang lain dan mengikut norma-norma
mere...
Peringkat IV : Orientasi undang-undang dan peraturan
Seseorang mengambil berat tentang “order” dalam sebuah
masyarakat. ...
Peringkat V : Orientasi kontrak – legalistik sosial
Seseorang mempunyai obligasi terhadap undang-undang demi
menjaga keb...
Peringkat VI : Orientasi Prinsip Etika Sejagat
Seseorang yang rasional percaya kepada validiti prinsip moral
sejagat ter...
Menghubung kait dilemma
dengan tahap pemikiran
perkembangan moral
Mengkaji bagaimana cara remaja berfikir
dan memberi pendapat berdasarkan
dilemma yang ditimbulkan.
pandangan para remaj...
Dilemma Zack..
Zack dan Joe bersahabat baik dan mereka tidak pernah bergaduh.
Mereka saling menghormati antara satu sama...
Soalan 1: Haruskah Zack menolak ajakan Joe?kenapa?
11orang responden berada pada peringkat 1, dua orang
responden di per...
Soalan 2: perlukah Zack menasihati Joe supaya
jangan terlibat dalam ponteng lagi. mengapa?
seramai 7 orang responden yan...
Soalan 3: haruskah Zack mengikuti kehendak Joe untuk
ponteng kerana bimbang persahabatan mereka
terputus?
seramai 6 ora...
Soalan 4: perlukah Zack menasihati Joe supaya
tidak terlibat dalam ponteng lagi?
hanya seorang berada dalam peringkat 1,...
Soalan 5: perlukah Zack melaporkan kepada
guru disiplin tentang sikap Joe
seorang responden berada dalam peringkat 2, 13...
Soalan 6: jikalau sahabat yang baharu dikenali
mengajak poteng, adakah anda akan ikut ponteng?
 8orang di peringkat 1, ...
12
10
8
6
4
2
0
Pernah ponteng tidak pernah ponteng
Bilangan pelajar
Kelakuan
Graf Pelajar Ponteng di Sekolah
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0
Faktor yang Mendorong Pelajar Melakukan Aktiviti Ponteng
Pengaruh rakan
sebaya
Pembel...
Kesimpulan:
ponteng merupakan masalah semakin serius
semua pihak haruslah berganding bahu dalam
mengurangkan masalah in...
Sekian terima kasih
of 30

Ponteng_Psikologi Pendidikan Moral

Ponteng_Psikologi Pendidikan Moral (Oleh:Pelajar UPSI)
Published on: Mar 4, 2016
Published in: Education      
Source: www.slideshare.net


Transcripts - Ponteng_Psikologi Pendidikan Moral

  • 1. Gejala ponteng dalam kalangan remaja sekolah Nama ahli kumpulan Amysawanie Nornazira Nurul Ros
  • 2. DEFINISI PONTENG • Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), ponteng didefinisikan sebagai tingkah laku lari dari tanggungjawab atau kebenaran yang telah ditetapkan. • Berdasarkan Buku Panduan bagi Mengikut Masalah Ponteng di Sekolah (KPM:1994) seperti yang dipetik oleh Ramlah Jantan dan Mahani Razali. (2004) dalam buku mereka, ponteng kelas didefinisikan sebagai perbuatan keluar atau tidak berada di kelas tanpa kebenaran daripada guru.
  • 3. • Abdullah Sani Yahaya (2005) pula menjelaskan bahawa gejala ponteng ini adalah merujuk kepada tindakan seorang pelajar yang tidak mengikuti sesuatu pelajaran pada waktu sepatutnya pelajar itu wajib mengikutinya di dalam bilik darjah.
  • 4. PENDAPAT TOKOH TENTANG PONTENG • Ibrahim Haji Salleh (1981: 3), menyokong hujah Skinner (1938), menyatakan pelajar yang di bawah paras kecerdasan sering menimbulkan masalah disiplin di dalam kelas dan akan berterusan di luar kelas. Seterusnya kajian beliau menunjukkan bahawa punca masalah akademik pelajar ialah kepincangan sosial dan emosi serta kasih sayang keluarga.
  • 5. • John Robertson (1981) juga menyatakan keruncingan dalam keluarga, pertelingkahan ibu bapa, ibu bapa bengis, keluarga yang ramai, kurangnya perhatian kanak-kanak oleh penjaga dan taraf pekerjaan penjaga rendah akan mempengaruhi emosi pelajar dan tingkah laku. Hal ini demikian kerana, pelajar yang terlibat dalam masalah ini kebiasaanya tertekan dengan masalah keluarga yang dialami mereka sepertimana yang telah dinyatakan diatas.
  • 6. • Becker (1952) dalam kajiannya mendapati ada guru yang menganggap mengajar pelajar kelas bawahan sebagai tidak memberi faedah kerana mereka mempunyai motivasi yang rendah, mahu dikawal dan memiliki sifat suka bermain-main seperti agresif dan mempunyai sifat supaya orang menjauhkan diri daripadanya.
  • 7. • Abdul Rahman Arof (1984) menjelaskan, disiplin dan tingkah laku murid dalam sesebuah bilik darjah mungkin tidak terkawal jika terdapat pengaruh jahat dan liar seseorang atau beberapa murid lain
  • 8. Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd. Rahman (1984) pula telah memetik pendapat beberapa orang tokoh tentang masalah disiplin pelajar, antaranya:  Thrasher (1963) menyatakan bahawa perlakuan murid banyak terpengaruh oleh jiran tetangga, rakan sebaya dan lain-lain yang ada di sekelilingnya.  Waller (1939) menyatakan segala masalah disiplin di sekolah adalah pertentangan pendapat antara guru dan murid tentang sesuatu keadaan di sekolah, kerana masing-masing mempunyai kemahuan yang berbeza, lebih-lebih lagi di sekolah menengah.  Duke (1980) mengatakan tiap-tiap individu itu bertanggungjawab di atas perlakuannya sendiri. Murid-murid menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kemahuannya sendiri tanpa sebarang pengaruh luar.  Ivor Morrish (1975) menyatakan, ibu bapa perlu menolong anak-anak supaya layak memasuki masyarakat mereka.
  • 9. Kes ponteng di sekolah dapat dikategorikan kepada enam jenis utama iaitu: • Ponteng kelas/mata pelajaran • Ponteng sekolah (tiada surat ibu bapa/penjaga • Ponteng perhimpunan • Ponteng ujian bulanan • Ponteng kegiatan luar/aktiviti kokurikulum • Ponteng peperiksaan
  • 10. Tahap Prakonvensional *Tahap yang paling bawah dalam penaakulan moral *Tidak memperlihatkan internalisasi nilai-nilai moral – penaakulan moral dikendalikan oleh imbalan iaitu hadiah dan hukuman eksternal
  • 11. Tingkat Pertama Orientasi Hukuman dan Ketaatan  Mementingkan diri sendiri dalam apa jua keputusan  Seseorang mematuhi peraturan@undang-undang kerana takut kepada hukuman dan denda  Contoh Soalan: Pernahkah rakan sebaya anda terlibat dalam gejala ponteng ini?Apakah reaksi anda terhadap tindakan tersebut?mengapa?  Contoh jawapan: Pernah rakannya terlibat tetapi responden menjauhkan diri daripada kawannya itu kerana takut terlibat sekali dalam kegiatan ponteng.
  • 12. Tingkat Kedua Orientasi Instrumental Relativis  Menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri  Puaskan keperluan diri sendiri dan tidak mempedulikan keperluan orang lain melainkan jika ianya menguntungkan diri sendiri. Contoh Soalan: Apakah faktor utama yang menyebabkan berlakunya gejala ponteng?kenapa?  Contoh Jawapan: Pengaruh rakan sebaya kerana rakan merupakan orang yang paling rapat dengan seseorang dan segala tindak tanduk akan diikuti oleh rakan yang lain.
  • 13. Tahap Konvensional Tahap pertengahan – seseorang sudah mula menganggap moral sebagai kesepakatan tradisi sosial Mula mengaplikasikan peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan Contohnya ibu bapa, guru dan komuniti
  • 14. Tingkat ketiga Orientasi Persetujuan antara Individu  Mengambil berat tentang orang lain dan mengikut norma-norma mereka  Cuba memenuhi harapan orang lain yang rapat dengan mereka  Seseorang akan mula mengambil perspektif orang lain dalam setiap keputusan Contoh Soalan: Sebagai seorang remaja, adakah anda pernah terlibat dengan ponteng?kenapa? Contoh Jawapan: Tidak pernah kerana bagi saya gejala ponteng tidak membawa faedah kepada diri saya malah perbuatan tersebut akan merugikan diri saya sendiri kerana ketinggalan dalam pelajaran dan akan memusnahkan harapan ibu bapa saya.
  • 15. Peringkat IV : Orientasi undang-undang dan peraturan Seseorang mengambil berat tentang “order” dalam sebuah masyarakat. Seseorang mempunyai tanggungjawab untuk memelihara peraturan-peraturan dalam masyarakat. Fokus utama adalah untuk memelihara masyarakat dan mengelakkan perpecahan dalam sistem tersebut. Contoh soalan : Pernahkah rakan sebaya anda terlibat dalam gejala ponteng sekolah ini? Apakah reaksi anda terhadap tindakan rakan anda tersebut? Ya. Reaksi saya terhadap rakan ialah menasihati rakan agar tidak melakukan perkara tersebut walaupun saya pernah melakukannya kerana saya tidak mahu rakan saya melakukan perbuatan yang membuat dia menyesal.
  • 16. Peringkat V : Orientasi kontrak – legalistik sosial Seseorang mempunyai obligasi terhadap undang-undang demi menjaga kebajikan orang ramai dan melindungi hak mereka. Undang-undang dibuat untuk kebaikan semua. Contoh soalan : Sebagai seorang pelajar, apakah pandangan anda terhadap masalah ponteng yang semakin serius dewasa ini? Masalah ponteng ini akan membawa kepada gejala sosial yang serius jika tidak dibendung dengan segera boleh membawa kepada kemunduran negara dalam melahirkan modal insan cemerlang.
  • 17. Peringkat VI : Orientasi Prinsip Etika Sejagat Seseorang yang rasional percaya kepada validiti prinsip moral sejagat tersebut adalah keadilan, persamaan dan hormat kepada kemuliaan orang ramai sebagai individu. Sesuatu undang-undang atau persetujuan sosial tertentu kepada kebiasaannya adalah sah kerana ia berdasarkan kepada prinsip tersebut yang selaras dengan suara batinnya. Contoh soalan : Pada pandangan anda, apakah faktor utama yang menyebabkan berlakunya gejala ponteng ini? Kenapa? -Corak pembelajaran dan pengajaran kerana guru gagal menarik minat pelajar -Tidak berminat dengan mata pelajaran disebabkan mata pelajaran susah difahami.
  • 18. Menghubung kait dilemma dengan tahap pemikiran perkembangan moral
  • 19. Mengkaji bagaimana cara remaja berfikir dan memberi pendapat berdasarkan dilemma yang ditimbulkan. pandangan para remaja ini penting untuk menilai dan mengkaji tahap pemikiran mereka berdasarkan tahap pemikiran Kohlberg.
  • 20. Dilemma Zack.. Zack dan Joe bersahabat baik dan mereka tidak pernah bergaduh. Mereka saling menghormati antara satu sama lain. Tambahan pula, mereka menjadi semakin rapat apabila mereka sentiasa berada dalam kelas yang sama sejak daripada tingkatan1 hingga tingkatan5. Walau bagaimanapun, Joe mempunyai satu tabiat buruk yang kurang disukai oleh Zack iaitu dia gemar terlibat dalam ponteng terutama sekali ponteng kelas. Kadang-kadang Joe berjaya juga mempengaruhi Zack untuk turut terlibat dalam ponteng. Tetapi pada tahun ini, Zack telah berazam untuk tidak terlibat lagi dalam poteng kerana dia mahu memberi sepenuh perhatian kepada peperiksaan SPM yang akan datang. Zack bercita-cita untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM ini. Tetapi Joe selalu mendesak dan mengajak Zack untuk menemaninya ponteng. Jikalau Zack tidak menuruti kemahuannya, Joe mengugut untuk memutuskan persahabatan mereka. Zack mahu menumpukan perhatian dalam pelajarannya tetapi dia juga tidak mahu putus persahabatan dengan Joe.
  • 21. Soalan 1: Haruskah Zack menolak ajakan Joe?kenapa? 11orang responden berada pada peringkat 1, dua orang responden di peringkat 2, seorang masing-masing di peringkat 3 dan 5. peringkat1: orientasi hukuman dan kepatuhan  harus menolak ajakan Joe kerana akan dikenakan hukuman di atas tindakan tersebut.  jikalau mematuhi peraturan akan mendapat kesan yang positif peringkat2: orientasi instrumental relativis  perlu tolak ajakan sebab pelajaran lebih penting kepada mereka untuk berjaya dalam hidup. peringkat 3: orientasi persetujuan antara individu  Zack perlu menjadi contoh yang baik kepada Joe.
  • 22. Soalan 2: perlukah Zack menasihati Joe supaya jangan terlibat dalam ponteng lagi. mengapa? seramai 7 orang responden yang masing-masing mencapai peringkat 2 dan 3 serta hanya seorang sahaja yang capai peringkat 5. peringkat 3: Zack perlu menasihati Joe supaya tidak terlibat dalam ponteng lagi kerana mereka merupakan sahabat baik. peringkat 5: responden berpendapat bahawa ponteng adalah menyalahi undang-undang sekolah. seseorang yang melanggar undang-undang merupakan seseorang yang tidak bermoral.
  • 23. Soalan 3: haruskah Zack mengikuti kehendak Joe untuk ponteng kerana bimbang persahabatan mereka terputus? seramai 6 orang responden masing-masing berada pada peringkat 1 dan 2 serta 3orang berada pada peringkat 3. peringkat 3: Zack tidak perlu mengikuti Joe tetapi dia perlu menasihati Joe supaya tidak terlibat dalam ponteng lagi serta titik berat soal pelajaran. Zack perlu bersikap lebih prihatin terhadap Joe sebagai sahabat baiknya.
  • 24. Soalan 4: perlukah Zack menasihati Joe supaya tidak terlibat dalam ponteng lagi? hanya seorang berada dalam peringkat 1, 2orang pada peringkat 2 dan 12orang pada peringkat 3. peringkat 3: mencuba untuk menjadi seseorang yang baik dan prihatin kepada orang lain. Zack perlu menasihati Joe supaya berubah ke arah yang lebih baik serta menumpukan dalam pelajaran untuk berjaya dalam SPM.
  • 25. Soalan 5: perlukah Zack melaporkan kepada guru disiplin tentang sikap Joe seorang responden berada dalam peringkat 2, 13 orang pada peringkat 3 dan seorang pada peringkat 4 peringkat 3: Zack perlu laporkan kerana guru disiplin akan nasihatkan Joe untuk berubah ke arah kebaikan. Zack juga perlu mainkan peranan nasihati Joe supaya berubah kerana rakan sebaya yang baik mampu merubah sikap rakan mereka. peringkat 4: Zack perlu laporkan kepada guru untuk mengelakkan Joe terus melanggar peraturan sekolah.
  • 26. Soalan 6: jikalau sahabat yang baharu dikenali mengajak poteng, adakah anda akan ikut ponteng?  8orang di peringkat 1, 3orang peringkat 2 dan 4orang peringkat 3.  peringkat 1: tidak perlu ikut kerana melanggar peraturan yang telah ditetapkan dan akan dikenakan hukuman.  peringkat 3: ponteng hanya akan merugikan mereka kerana perbuatan ini adalah sia-sia dan tidak mendatangkan manfaat kepada mereka.  berusaha menjadi seseorang yang baik dalam kalangan mereka.
  • 27. 12 10 8 6 4 2 0 Pernah ponteng tidak pernah ponteng Bilangan pelajar Kelakuan Graf Pelajar Ponteng di Sekolah
  • 28. 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 Faktor yang Mendorong Pelajar Melakukan Aktiviti Ponteng Pengaruh rakan sebaya Pembelajaran yang tidak menarik Malas Perasaan ingin mencuba Tiada sokongan Ibubapa untuk belajar Tekanan Bilangan Pelajar Faktor Ponteng
  • 29. Kesimpulan: ponteng merupakan masalah semakin serius semua pihak haruslah berganding bahu dalam mengurangkan masalah ini. melalui kajian dilakukan, dapat mengetahui dengan lebih jelas faktor-faktor yang paling ketara menyebabkan masalah ponteng berlaku kerjasama semua pihak sangat penting dalam membendung masalah ini.
  • 30. Sekian terima kasih